Tuesday, May 8, 2012

Terkepung ..

Perjalanan menuju ke pesta buku 2012 di PWTC mengundang beberapa nostalgia dan "blues untuk aku" apabila perjalanan itu melalui beberapa kawasan yang dianggap "terbiar".

Kawasan PWTC dan The Mall itu kawasan yang pembangunannya bukan calang-calang kerana ia memang di modenkan dengan sengaja, ianya dianggap kawasan yang pasti akan dilalui oleh para pelancong yang akan melawat Kuala Lumpur, ibukota negara Malaysia.

Oleh kerana keadaan yang sangat sesak,kami mengambil jalan mudah dengan parkir (parking) berhampiran satu kawasan yang agak kurang tumpuan. Sudah semestinya lah jika kawasan itu kurang tumpuan maka "enjin kaki" terpaksa digerakkan untuk ke destinasi yang dituju. Dalam perjalanan tersebut,kawasan yang terpaksa dilalui melewati kawasan yang kelihatan usang. Ianya sangat kontrast dengan pembangunan pesat di sekitarnya. Sifat kontrast ini yang menimbulkan kesan "blues" ... Ya, blues.. Tapi bukan Blues Gang yer.

 Oldies skywalker

Lihat sahaja architecture bangunan dalam gambar diatas, sungguh unik tingkap-tingkap setiap unit kediaman itu. Setiap unit punyai tingkap-tingkap yang "tidak simetri" diantara satu sama lain.
Kedudukan yang tiada ketetapan. Ini ciri-ciri lama sesebuah bangunan "silam" .. keunikkan nya memang tersendiri.

Perjalanan selanjutnya membawa kami kepada sebuah lagi bangunan lama. Persoalan-persoalan seperti " siapakah penghuni-penghuni rumah ini?, Bagaimana mereka menyambut hari raya? " berlegar-legar didalam minda minta bayangan dan imaginasi ekslusif.
Sifat sampah yang terbiar didepan bangunan menjelaskan sistem kutipan sampah pun agak sukar untuk "masuk" ke kawasan ini yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan moden pencakar langit.


Near abandon

Saya berdiri lama didepan binaan seperti di gambar dibawah ini. Oh... Ini adalah suatu ketika dahulu adalah sebuah tempat yang "agak terkenal" dan sibuk. Buktinya ialah kewujudan tempat parking berlapis ini. Tapi kini ianya telah ditutup (kerana kelihatan tiada sebuah pun kenderaan parking didalamnya, siapa yang berani?), tidak digunakan lagi. Kenapa? Ini adalah satu senario kejatuhan sesebuah kawasan, apabila tempat parkingnya hanya menjadi "hiasan zaman". Soalan yg bermain diminda "Siapakah yang "tinggal" kini di dalamnya? " ... Pastilah ia tidak terbiar kosong, kerana setiap yang kosong akan "tetap" di isi.

Complete abandon

Ketika saya berdiri di depan tempat parkir(parking) yang telah ditutup ini, saya melihat muka-muka pakcik dan makcik dalam wajah mereka yg masih muda, dan mendengar bunyi-bunyi hon kereta serta bunyi enjin kereta dan motorsikal mereka ketika kawasan ini suatu masa dulu pada zaman kegemilangannya dan zaman kesibukkannya, sehinggalah direntap kegemilangan itu oleh PWTC, The Mall dan pembangunan yang sewaktu dengannya.

Perjalanan yang tragis pada jiwa saya itu kemudiannya menyusup hilang apabila saya telah tiba di tapak pesta buku. Bunyi hon kereta dan ramainya makhluk bernama manusia di pesta itu berjaya melupakan seketika angan masa silam itu. Oh... mungkin rakyat Malaysia telah semakin minat membaca, syukurlah. Ramai benar pengunjung. Siap bersila sana-sini ditengah dewan untuk mem "preview" buku masing-masing.

 Thirsty for knowledge

Mari - mari..beli buku, kami sudah bagi diskaun... apa lagi, buka dompet, bayar lah bang .... Akak-akak, mari beli, jangan kedekut, beli tudung bawal boleh, takkan beli buku tak boleh...hehe.


The arrangement

Oh... akhirnya kami pulang..dengan kisah "bangunan silam" masih bermain di minda. Agaknya, mungkin untuk berapa tahun lagi kawasan itu akan berada disana?
Atau mungkinkah nanti bila kaki ini menjejak lagi ke kawasan tersebut, ianya telah ditelan memori, diganti dengan pencakar langit yang lebih perkasa? Anak kunci kepada sejarah generasi masa depan adalah memori silam yang terbina pada zaman kita ini...

Responsibility