Wednesday, January 11, 2017

Sabah (7- 10 Jan 2017)

Sabah.

PASAR FILIPIN

Dengarnya di pasar ini mostly yang berniaga ialah orang filipina. Ye kot. Sebab tu nama pasar filipin (dalam foursquare). Katanya kalau perut 'tak kuat' dan 'perut manja' elakkan makan disini. Tapi kami dah try udang galah dan udang lipan disini, alhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku ke atas sistem penghadaman kami. Kami lulus ujian ketahanan perut. Yuhaaa...
Kelihatan para pekerja sedang memunggah bahan-bahan jualan ke pasar. Kat Sabah ni kebanyakkan kenderaan pacuan empat roda dan pick-up menjadi pilihan, mungkin sebab bentuk muka bumi nya menjadikan kenderaan jenis ini menjadi pilihan utama.
IMG_8020ed


Sementara anak-anak mereka bermain di belakang pasar.
IMG_8023ed

Budak-budak lagi dah bergurau, bermain didalam bot. Dan dah pandai kendalikan bot. Ini gambar zoom, bot ini jauh di tengah laut.
IMG_8025ed


Permandangan dari belakang pasar filipin. IMG_8035ed


Para peniaga di pasar filipin dengan pelbagai hasil jualan. Ini gerai-gerai bahagian depan. Kat sini la famous orang nak beli kueh cincin la, ikan bilis lah.Pasar Filipin stalls

Pelbagai hasil tangkapan laut dengan harga yang mungkin tidak boleh ditandingi di semenanjung dan ada pelbagai tangkapan laut yang kelihatan jarang ditemui (rare).
Cheap seafoods, heaven of varieties of seafoods.


WATERFRONT

Berdekatan dengan pasar filipin tersebut, adalah waterfront. Disini penuh dengan gerai menjual makanan/restoran yang berkonsepkan 'lepak, sesuai untuk bersantai di tepi laut sambil minum-minum bersama sahabat. Angin yang bertiup menambahkan lagi keselesaan santai. Alah... ini ala-ala lepak kat Bangsar la ni.
They seem hanging around because tomorrow is holiday. Lot of stalls for relaxing.

Ketam cuba bersembunyi dengan warnanya seakan batu.
Rock crab?


PASAR MALAM KAMPUNG AIR

Kemudian kami terus ke pasar malam Kampung Air. Dengar ceritanya disini syurga mutiara. Mutiara di dapati dengan harga yang murah disini.
Mana pilihan hati.


Heaven of pearl with reasonable price.


JESSELTON POINT

Keesokkan paginya kami ke Jesselton Point untuk program island hopping iaitu ke pulau Manukan. Jesselton point ini adalah satu tempat bersejarah dan gambar-gambar bersejarahnya semasa zaman penjajahan British ada di gantung diruang legar utamanya. Tempat ini kelihatan sibuk.
Seem busy.

Menolong awek naik bot. Helping the 'awek'.

Mari saya tolong sapukan losyen untuk mengelakkan sunburn ye.
Let me help.

Menunggu giliran dengan gigih.
We wanna see all the islands. Let me in.


PULAU MANUKAN

Kelihatan ikan di dalam air sedang riang-ria bermain bersama sahabat-sahabat.
Could you see the fish?

Jeti boleh menjadi sepi umpama hati boleh menjadi sepi.Here I'm waiting..

Jeti juga boleh menjadi riuh.
Welcome..

Apakah aktivitinya...janji bahagia.
Family game

Saya sedang ambil gambar awak atau saya sedang selfie untuk diri sendiri? Heheh.
Take your photo or I'm selfie-ing myself?

Tinggalan dari peperangan. Peace no war !
You left me.

Sendiri lagi ...
Staring the heartless sea

Mencari ilham dan damai.
With myself and me.

Izzah merupakan seorang yang suka membela haiwan. Beliau berjaya menangkap seekor ikan yang kecil ala-ala ikan bilis. Beliau menyayanginya sehingga sanggup membawa pulang ikan kecil itu merentasi laut (dari pulau Manukan ke Kota Kinabalu). Namun setelah dinasihati, sebelum pulang ke semenanjung, ikan itu telah dilepaskan semula ke dalam laut berdekatan Kota Kinabalu kerana kesukaran jika ingin membawa ikan itu menaikai kapal terbang. Sedih sudaaa....
IMG_8246edt


Kundasang

Kami bermalam di Kundasang. Sejuk nya sehingga tak larat nak pijak lantai (bila malam dan kena pulak hujan petang). Ini gambar diambil pukul 6.20 petang, sudah gelap nak malam. Cepatnya malam.
-Ini gambar cellphone-
20170108_182004edt

-Ini gambar cellphone-
20170108_182020edt


DESA CATTLE (SABAH) DAIRY FARM SDN. BHD.

Esoknya kami ke tempat ini untuk melihat lembu ala-ala lembu Australia...kahhh. Mooo...Moooo...
IMG_8325edt

Lembu happy dapat makan rumput yang fresh. Heh. Rumput yang fresh menghasilkan susu lembu yang fresh...eh!
IMG_8335edt

Mungkin berbincang perihal penternakan lembu. Heh. IMG_8344edt

Sedapnye isap susu. Comel tak saya? Lembu minum susu lembu. IMG_8419edt

Permandangan dari atas Desa Cattle Farm ke arah perkampungan berhampiran. Kampung yg sentiasa ada kabus sejuk, tak payah pasang aircond. IMG_8475edt


Poring Hot Spring and Nature Reserve.

Kolam air panas, dengan pelbagai bentuk dan kedalaman, pilih saja yang mana berkenan dihati. Merah jugak la kaki ini untuk beberapa minit yang pertama untuk adjust dengan suhu air panas tersebut. Kalau sesiapa ada masalah kaki busuk bau stokin, boleh la cuba rendam kaki disini, supaya air panas itu mematikan segala kuman-kuman yang bersembunyi di kaki anda itu. Hahah. Dan disini juga ada jambatan gantung yang terpanjang di Malaysia.
IMG_8489edt

Sesiapa ada penyakit jantung dan gayat disarankan usah la cuba-cuba nak lintas jambatan ini. Ada 4 jambatan gantung, sekali anda bermula, anda kena habiskan ke empat-empat jambatan tersebut, no turning back bhaiii.
IMG_8513edt

Nak tau tinggi atau tidak, ini salah satu view dari atas ketika anda melintasi jambatan gantung tersebut. Kalau berlaku kesilapan, boleh menyebabkan kenduri tahlil.
IMG_8540edt


SABAH TEA GARDEN.

Dah penat-penat diatas tu melintasi track hutan bagai, kami pun layan teh di Sabah Tea. OK la sedap layan blues atas ni sambil hirup teh panas.
20170109_172644edt


KINABALU PARK

Ada banyak park di sekitar Kundasang ini untuk melihat Gunung Kinabalu dari bawah. Tak sempatlah nak panjat Gunung Kinabalu disebabkan time restriction, so mari kita lihat dari bawah sahaja fefeling seperti dah panjat Gunung Kinabalu. Kah. Pic ini di snap oleh Izzah sebab itu watermark beliau ada disana.
IMG_8573edt

Ni salah satu contoh orang yang fefeling seperti dah panjat Gunung Kinabalu. Tapi sebenarnya ni lihat dari tepi jalanraya jer. Hahah. Tepi jalanraya je dah lawa macam ni, belum lagi pi panjat bebetul.
IMG_8595edt


PEKAN NABALU

Kononnya di pekan ini barang-barangnya agak murah berbanding di beberapa tempat lain. Sebuah pekan kecil macam pekan koboi. Layan melihat culture mereka dan seni bina mereka. Seni bina yang kelihatan usang ini kadang-kala unik dan boleh menyebakan kita berfikir tentang pelbagai perkara yang boleh membawa kepada kesan betapa kerdilnya kita sebagai manusia.
IMG_8600edt

Menjual pelbagai jenis kraftangan unik rakyat Sabah.
IMG_8601edt

IMG_8606edt

Salah sebuah rumah kedai di pekan Nabalu. Blues nya kehidupan.
IMG_8612edt

Kami makan di kedai ini, makan tengahari. Layan mee hun sup dengan mee goreng mata kerbau je. Suka cara masakan mee goreng orang-orang daerah Kundasang ni, rasanya sedap dan mee nya tidak pahit. Mereka tidak kedekut meletakkan ayam (banyak). Mee goreng stail berkicap memang lazattttt.
IMG_8613edt


PEKAN TAMPARULI

Kan ada tarian Sabah yang diberi nama Jambatan Tamparuli. Bila ada tarian khas bererti tempat ini bukan calang-calang juga dan mesti di singgahi. Sangat suka ke pekan-pekan lama, dengan rumah-rumah kedai yang kelihatan usang dan kayu-kayu yang seperti telah 100 tahun lamanya....hehe. Bila melihat tempat-tempat begini, ada perasaan seperti flashback kepada masa silam walaupun pada masa tersebut mungkin belum lahir.

Bayangkan perasaan menghirup teh di sebuah kedai usang dengan pakcik-pakcik orang tempatan disitu, oh... ini memang feeling yang syahdu. Melihat cara mereka...
IMG_8614edt

Ini salah satu view pasar Tamparuli. Mereka menjual seperti kita di semenanjung, umpama pasar Tani lah. Banyak hasil-hasil tanaman sayur-sayuran dan tumbuhan rare boleh didapati disini. Heaven untuk orang yang suka memasak.
IMG_8617edt

Berdekatan dengan pasar Tamparuli itu, ada jambatan gantung. Sebelah pasar ini dipisahkan dengan sungai, jadi penduduk di seberang sana yang ingin ke seberang sini (pejalan kaki) harus menggunakan jambatan ini. Jom naik lagi sekali jambatan gantung. Kelihatan teguh namun goyang-goyang itu tetap tidak boleh dielakkan. Hahah. Goyang-goyang ehhh...
IMG_8618edt

Panjang jugak wooo...
IMG_8624edt

Ini view dari atas jambatan gantung pejalan kaki ini. Dibawah jambatan gantung ini ada lagi satu jambatan Tamparuli yang famous. Jambatan ini digunakan oleh kenderaan bermotor dan DUA HALA, namun dalam satu-satu masa hanya SATU HALA sahaja yang boleh melaluinya. Tiada traffic light atau apa pun, kita sebagai user harus bertimbang rasa untuk memberi turn kepada kenderaan arah yang lagi satu untuk melaluinya. Keunikkan jambatan ini, jambatan ini TIDAK MEMPUNYAI PENGHALANG TEPI, kalau jadi apa-apa boleh la cuba berenang kan kenderaan anda didalam air. Inilah jambatan tidak bertepi. Heheh. jambatan ini umpama kasih yang tidak bertepi. Kui.
IMG_8626edt

Di hujung jambatan gantung pejalan kaki ini, ada sebuah rumah usang. Suka betul melihat rumah usang sambil flashback mengapakah ia ditinggalkan? Kenapa owner tidak mahu lagi rumah ini? Suatu masa dulu dizaman kegemilangannya, tentu ada kanak-kanak berlari riang-ria di rumah tersebut. Ini satu Enigma. Ini satu Persoalan yang tidak mungkin dipecahkan dengan persamaan Einstein.
IMG_8634edt

No comments: